Carian Dalam Blog

Tuesday, August 28, 2018

MESYUARAT

Mesyuarat Perkhemahan Lencana Kemajuan Siri 3/2018
Tarikh : 28 Ogos 2018
Masa.  : 2.30 Petang
Tempat: SK St Augustine Mambong

Mesyuarat program perkhemahan pengakap untuk lencana kemajuan Keris Emas diadakan di SK St Augustine Mambong bagi membincangkan agihan tugas program perkhemahan yang akan dijalankan 28-30 September 2018. Terima kasih kepada tuan rumah SK St Augustine Mambong dan semua pemimpin pengakap yang memberi komitmen terbaik dalam menjayakan aktiviti ini. 
En Stanley Sagir, Guru Besar SK St Augustine Mambong (tengah) bersama DC Padawan En Edwin Talep dan ADC Pentadbiran En Janos Nyirim.
Para pemimpin pengakap yang hadir mesyuarat.



Monday, August 27, 2018

KURSUS MANIKAYU 3A

KURSUS MANIKAYU 3A
SK PANGKALAN AMPAT, PADAWAN
24-26 OGOS 2018

Tahniah dan syabas kepada 29 orang peserta Kursus Manikayu 3A yang telah dijalankan di SK Pangkalan Ampat pada 24-26 Ogos 2018. Tahniah juga kepada seramai 10 orang jurulatih, penolong jurulatih dan urusetia yang berjaya membimbing semua peserta sepanjang program berjalan. Semoga program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha untuk membantu melahirkan modal insan yang berguna kepada keluarga dan negara.
 
 
 

"Memperkasa Identiti, Membangun Kepengakapan"