Carian Dalam Blog

PENGAKAP MUDA

SKIM LATIHAN PENGAKAP MUDA

UNIT PENGAKAP MUDA adalah salah satu daripada beberapa unit dalam persaudaraan Pengakap yang lain iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi remaja yang berumur dari 12 hingga 15 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
    1. Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
    2. Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.
    3. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16 tahun.
Seseorang remaja itu boleh manjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu.

Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya.

Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan  dibimbing oleh seorang lelaki atau wanita dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.

Cogan Kata bagi unit Pengakap Muda ialah SELALU BERSEDIA.


Lencana Keahlian
 Lencana Keahlian
Lencana ini dianugerahkan kepada seorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan  Pengakap Malaysia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.

Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : -

1. Peraturan pakaian seragam Pengakap.
2. Prinsip Rukun Negara.
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap.
5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap.
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell.
7. Simpulan & ikatan : -
    -  Buku Sila (Reef Knot)
    -  Bunga Geti (Sheet Bend)
    -  Simpul Manuk (Clove Hitch)
    -  Tindih Kasih (
Bowline)
    -  Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)
    -  Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)


Bagi  mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-kanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.
Buku serta lencana Skim Latihan Pengakap Muda
Buku Skim Latihan Pengakap Muda
Buku Skim Latihan Pengaka Muda Udara
Buku Skim Latihan Pengakap Muda Laut

Lencana Usaha

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani, kemahiran pengakap dan perkhidmatan.
 
Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik. 

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan - Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
    -  Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
    -  Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
    -  Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)
    -  Lilit Balak (Timber Hitch)
    -  Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
    -  Ikat Seraya (Square Lashing)
    -  Ikat Serong (Diagonal Lashing)
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis dalam buku log.

D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh 
a) Melipat kain anduh.
b) Anduh tangan dan kaki.
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Lencana kegemaran
Lencana Maju
Lencana Pengetahuan
Lencana Perkhidmatan
Lencana Jaya
Rambu Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri




No comments:

Post a Comment