Carian Dalam Blog

Monday, September 30, 2019

BAJU PADAWAN SCOUT CHALLENGE 2019


Dapatkan baju-T Padawan Scout Challenge 2019 ( saiz dewasa ) sempena Program Padawan Scout Challenge & JOTA JOTI 2019 untuk melengkapkan koleksi baju-T aktiviti kepengakapan anda. Dapatkan segera. Tarikh tutup tempahan 4 Oktober 2019. Klik di sini untuk tempahan.

Sunday, September 29, 2019

KURSUS PENARAFAN PENARAF PENGAKAP RAJA KEBANGSAAN ZON BORNEO 2019

Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Kebangsaan Zon Borneo 2019

Tarikh : 27 - 29 September 2019
Tempat: S.M. Teknik Sejingkat, Kuching, Sarawak

Tahniah kepada rakan-rakan pemimpin yang berjaya mengharungi Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Kebangsaan Zon Borneo 2019 sebagai peserta dan pembimbing. Semoga segala ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kecemerlangan aktiviti kepengakapan.
















Monday, September 16, 2019

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan disertai wakil dari Pengakap Padawan bersama rakan-rakan pemimpin dari daerah lain. Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching Sarawak. Sayangi Malaysiaku. Malaysia Bersih.


Sunday, September 15, 2019

KMK 3 A


KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (KMK) PENGAKAP PERINGKAT 3 BAHAGIAN A (AMALI) 

Tarikh
13-15 SEPTEMBER 2019

Tempat
KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG, MIRI

Penganjur
PASUKAN LATIHAN NEGERI SARAWAK

Penyertaan
19 ORANG PEMIMPIN PENGAKAP DARI SEKITAR NEGERI SARAWAK

Pemudahcara
SEORANG JURULATIH , ENAM ORANG PENOLONG JURULATIH, TIGA ORANG PEMBIMBING, EMPAT ORANG URUSETIA

Peserta dari Padawan, Loneo Skireo menerima sijil pengesahan kehadiran kursus daripada Pengerusi Pasukan Latihan , Tuan Ngatiman Bin Seripin.


Wednesday, September 11, 2019

SALAM TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa  YBhg Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara kepada semua Pesuruhjaya dan Pemimpin Pengakap Malaysia telah kembali kerahmatullah jam 0930 pagi ini di Hospital Selayang.
Sumber - pengakapmalaysia.org