Carian Dalam Blog

Sunday, October 6, 2019

MAJLIS MAKAN MALAM & “FUND RAISING” MAJLIS PENGAKAP PADAWAN

Majlis Makan Malam & “Fund Raising” anjuran Majlis Pengakap Daerah Padawan dilangsungkan pada 5 Oktober 2019 bertempat di Dewan Kg Sinjok, Siburan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran jemputan dari sekitar daerah Padawan, Kuching, Samarahan, Simunjan, Petra Jaya dan Serian. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga merupakan ADUN N.20 Tarat. 

Majlis yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan merapatkan komuniti dengan barisan ahli Majlis Pengakap Daerah Padawan di samping mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti kepengakapan daerah Padawan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyumbang kepada Majlis Makan Malam & “Fund Raising”. Syabas dan tahniah juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


“Pengakap Mentransformasi Generasi”